Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Oct 15, 2011

pesanan untuk mu

SPM dah nak dekat. Rajin aku pergi perpustakaan a.k.a pusat sumber. Buat study group. Sekolah pagi datang awal, balik rumah lewat petang. Hanya untukmu wahai SPM. Aku suka form 5. Jumpa kawan-kawan. Lepak-lepak sesama senior sekolah ni lain sikit. Bangga sebab paling besar kat situ. Walaupun lesen takde pergi sekolah cuma naik basikal ala-ala mountain bike tu.

Beli buku soalan contoh SPM setiap subjek. Penting tu buat latihan. Add maths, Maths, Sejarah etc etc. Soalan lebih kurang je. Di sebabkan hari-hari study group that's why la kena ada buku latihan. Rajin kan aku? Beruntung siapa dapat aku. Pehh untung lah sangat. Kahkah.

Masa jawab soalan Karangan BM, tulis je apa yang ada dalam kepala otak. Karangan menarik jangan merapu. Pilih tajuk yang simple. Toksah yang berat-berat. Karangan berbentuk syarahan. Peh peh. Kering otak aku. Aku pilih tajuk paling kebudak-budakan je. Ha ha ha.

Ingat..BM dan BI mesti lulus. Maths pun sama. Yang basic things tu must PASS.

Setelah bersusah payah study group..result aku paling best pun dapat...paling koman Maths aku dapat A1, Add Maths dapat 4B.. not bad la tu..lepas tu minat aku kat Maths jadi gila-gila.

Hai budak yang baru nak jawab SPM,

belajar selagi boleh, selagi sempat..SPM ni kalau boleh ambil once in a life. SPM beb. Orang ambil exam umur 17. Umur tu kalau boleh masuk mesin masa tak pe juga. Kalau boleh pinjam pintu ajaib doraemon ulang balik nak jawab exam SPM untung lah sangat.

Jangan sampai masa depan korang terhenti setakat SPM. Yup, memang still boleh kerja. Tapi experience korang akan kurang. Bergaul dengan educated person ni lain. Experience kerja lain. Pada aku, experience belajar sampai tahap degree memang best. Experience in a life ni lain-lain. Kalau boleh grab any opportunities tapi jangan tamak pulak dah. Hihihi. Well, study tu satu

SPM aku tahun 2005. Now I hold my own degree tahun 2011. Bangga juga.

Good Luck SPM. Jangan menyesal bila tersungkur di lantai dewan peperiksaan.

Susah dahulu senang kemudian.

Get it? Good.
=)

p/s: susah cari kerja sekarang kan?? maksud aku kerja yang gaji besar tak perlu berpanas-panas.

0 ucapan tetamu jemputan :