Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Nov 7, 2011

Kehebatan aku

Ops hari ini aku asyik jenguk blog orang je. Okay tiba-tiba lepas tu baru teringat kereta viva kesayangan belum lagi di bersihkan. Almaklumlah, terlampau rajin. Tunggu balik ke Klang baru la rajin nak cuci mencuci kereta luar dan dalam. Haip, jangan ingat gadis lemah lembut serta sopan santun ni hanya pandai on9, jaga baby dan tidur je tau. See the leg ah beb. ;p

Waktu lebih kurang pukul 3 suku petang tadi, berkobar-kobar orang kate, hari riang nak mencuci kereta kesayangan. Mencari-cari vacuum yang serba flexible tu. Oh rupanya emak simpan dekat sebelah almari je. Okay dah jumpa vacuum. Ambik lah kunci kereta. Seperti biasa lah, asal nak cuci kereta je wajibul ghunnah pasang radio. Radio dah pasang, karpet dah bukak, dah tebar karpet atas lantai sedia untuk mem'vacuum'. Pasang suis..ketapp!!..zuuuuu...(ala2 bunyik vacuum la..wat paham udah le) lepas tu siap sedia nak menyedut sampah sarap dalam kereta, dan juga karpet tersebut.

Lalu...

Ehem!!

Aisehman~~

Tak boleh sedut. Adakah vacuum tersebut merajuk dengan aku yang suci murni ini? Well, jarang bersihkan kereta la katakan.

Menggunakan kehebatan akal..aku rasa vacuum ni tersumbat. Yela, selalu main sedut je apa depan mata. Kertas la, pensel pun kalau boleh nak sedut. Hmm.. Dengan penat lelah nya..aku mencuba untuk meng'godek-godek' vacuum ni dengan emak. Emak pun kata tersumbat. Aku guna getah paip je masukkan dalam saluran penyedut tu.. muahahah!!

Inilah vacuum yang banyak berjasa menyedut segala nya di depan mata. 


Dah penat guna getah paip tu..finally, dapat jugak vacuum tu berfungsi. 

Sebenarnya..benda yang tersangkut kat dalam saluran penyedut tu ialahh...


Sejenis sarung tangan getah kepunyaan emak.

Kerja siapa pulak yang main sedut-sedut ni. Aduhai.

Okay, ini lah kehebatan aku. Terer tak?? Hak3!! 

p/s: rindu pulak. eh?? tetiba.


3 ucapan tetamu jemputan :

Prince Halilintar said...

haha..sarung tgn pun sedut sekali patut la vacuum tu mrjuk die..hehe

p/s:hmm..hebat jgk tuan blog ni repair vacuum..hihi

✿....rossa alina....✿ said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA aku ingatkan ape mendelah yg buat mende tu sumbat..rupenye sarung tangan..adoi..sakit perut aku gelak..

aiman fanboy k-pop said...

syabas diucpkan kpada vacuum tersebut kerana berjaya menyedut sarung tangan biru tuh..haahaa......apa lagi yg nak disedut lpas nih ye??