Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Feb 5, 2012

Diriku dan mereka

Assalamualaikum

Bila dah menginjak umur 23 lebih lebih ni rasa macam makin kurang keluar rumah la. Asyik nak terperap je dalam rumah. Why oh why?? Hati membuak-buak nak keluar akan tetapi...malas lah nak bilang sama orang. Mesti kata bagi reason entah pape.  Ehh.. tapi kan..pernah teringat dulu, orang ajak kiter keluar lepas tu kiter kate takde duit kan..dia kata kiter saje cari alasan..wei weiii..memang lahh tu alasan..sebab memang dah sah takde alasan lain dah. Aiyoyo.. Malu la orang belanje jer. hahah. Sebab kan student kan kan. Jadi..memanglah..hmm..ape kiter merapu ni. Aish. Bahana berjauhan dengan orang kesayangan ke ape ni. ahaha. isk isk.

Maka, sejak terasa diri bukan lagi anak muda..ahaha..poyonyer ayat..jadi..kiter pun dah kurang berpeleseran di tempat awam. Eh tapi tapi kalau keluar dengan adik beradik apesal balik lewat malam aihh. Amboihh melampau noo. Tu la jarang keluar lepas tuh dah keluar lupa jalan pulang. harhar! Eh duduk rumah pun okey ape kan. Tak terdedah dengan sinar-sinar UV, dan sebagainya. (Alasan~~)

Lalu bila dah duduk rumah ni, on laptop...hati mula berbisik...online je..

Ini lah hasilnya..scan pics..blogging..lalalala..bahagia tak hidup macam ni...tak la mak abah risau anak dara mereka berpeleseran di tempat awam.

Bila dah ada scanner ni mula lah gatal tangan nak scan semua gambar lama. hahaha. Ahh jangan cakap banyak maghi le kite cuci mata dan imbau kenangan manesss...




 Gambar masa masuk kelab badminton kat UiTM Merbok, Kedah.. Slim kan masa ni. hahaha. Maklumlah belajar macam-macam skill main badminton. Ni event kat MRSM. Bangun awal pagi sebab join hari sukan budak sekolah.


Ni masa kiter first Semester DBS.  Lihatlah muka pucatkuu. haha. Hmm. Macam cengkung pun ada gak eh.. T_T


Masa hari sukan kat Kolej. Ape-ape entah kami ni. Konon nak buat macam kena tembak padahal aku tergelak je sebab ramai orang tengok kami. (--")


Masa balik kelas. Tak ingat semester berapa (ketuk kepala kiter plish) Tapi masa Diploma memang nampak macam kurus jer padahal balik kelas terus makan lepas tu tidur tunggu kelas petang.
Aishh (--")

P/s: Hari ni macam rindu lebih  je. Ehh tapi memang la rindu pun. Betul. Tak tipu langsung.

3 ucapan tetamu jemputan :

Prince Halilintar said...

mudenye time ni....comey2 =)

slim giler time ni...hahaha:p

nor isneini mohd ayob said...

cewah..slim ek..puji ke bodek...haha..

Siti Salha Rosman said...

Rindunya time ni. Dulu pipi aku tembam ye, sekarang dah cengkung. huhu.