Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Mar 23, 2012

Sambungan..dream job

Ehh haii...lepans terbangun sebab kucing bergaduh kat luar..lepas tu ekceli termimpi tetiba ke sebenarnye petanda tak tau lah..terasa macam syg kuh send mesej. Wahh rindu kot. Walaupun baru 2 malam dah tak ym. (--") Orang busy bisnes la katekan. Mesti penat sangat siang keje pastu malam keje lagi pastu mane la nak cari masa. Kesiannye..mesti penat. Tapi takpe. Bisnes is bisnes. Nani paham. Dun worry :)

Ehh tetiba terlalut ke lautt. kihkih. 

Lepas mak kate degree gaji Rm 3 ribu terus rasa alahaii tecik nye hati. Macam tak berbaloi pulak je cari keje macam ni. Rasa nak majuk je laa macam nih. Hmm..sape la yang takmo gaji banyak tuh. Mesti la mauu. Tapi kite kan baru je fresh grad. Pengalaman pun ciput je tapi kan nani bole belajar lepas tu kumpul pengalaman. I admit la jeles tengok kawan-kawan wauu keje petronas, keje UMW, keje yang company besar-besar..pastu gaji mesti besar gak kan. Ish ish. Tapi takpe takpeh. Akan ku buktikannn!! Erk buktikan pe pun tak tau.  Aaaa ape pon tak bole la aihh T_T 

Hmm..teringat tetiba..apa yang kite nak tak semestinya tu yang kita dapat. Dulu kan masa lepas SPM, kite tengok kakak-kakak kita kerja kilang, kite tengok la time tu macam best je diorang keje kan. hehe. Lepas tu habis SPM jer kita bersungguh benor nak keje kat kilang. Tapi tak penah dapat ponn. Lepas tu try keje kat kedai jahit, dapat pulak. (--")

Lepas habis degree...masa tu tengok kakak-kakak kita, kawan-kawan kite seronot kerja kat opis besau..lepas tuh kite pun try la mintak..dapat interview kat HSBC tu..tapi tak dapat lak. Ceit penat tunggu sampai petang doww. Lepas tu terus je la kerja jadi babysitter kat nursery. 

Uiikk?? Memang pekerjaan yang kite dapat semua berjiwa kewanitaan ek. 

Lepas tu dapat pulak kerja kat Kindergarten. Waaa..ni lagi la..nampak tak hala tuju tuh. Semua nak yang macam comel-comel je kan. Yang simple-simple je tak complicated. 

Sekarang ni pulak dapat kerja kat company Melayu, tapi just small company. Means rasanya tak beban sangat kot kerja dia. Hopefully......

Actually...dulu pekerjaan impian ialah nak kerja sebagai pegawai eksekutif yang pakai baju kemas-kemas macam kat dalam TV. hahaha. Tapi dunia realiti tak sama macam dalam TV. kikiki.. 

Ape-ape pon terima la rezeki yang Allah S.W.T bagi ni. Jangan tamak. Sebab Allah S.W.T bagi apa yang kita perlu. Allah S.W.T tau apa yang kita perlu. Jadi, kalau ada rezeki lebih, bersyukur..kalau takde, jangan mengeluh. hehe. Ehh da masuk sesi tazkirah pulak. kihkih. 

Tu sahaja. Gambar tiada untuk di tepek. 

Gud nite~~


0 ucapan tetamu jemputan :