Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

May 15, 2012

Random story

Assalamualaikum.

Hari ni pening kepala dah takde. Yahuu. Riang hati la sebab tak sakit dah. Fikir pasal kerja la ni. Order banyak sangat lepas tu vendor tak banyak. hewhew. Lepas tu tambah rindu dengan orang tu. Tapi kalau rindu sangat², mengadu dekat Allah s.w.t. Sebab aku tau Allah knows everything. :) Dengan harapan semoga jodoh berkekalan & di mudahkan segala urusan. :) Yela, orang tu pun tak boleh buat apa kalau aku rindu gila kan. Tapi reply sms aku pun okey pe. hehee

Aku ni sebenarnya tak tau lah kenapa masa drive mesti kadang² imaginasi membatasi segalanya. I mean, bila tengok awan yang cantek. Subhanallah canteknye. Tup tup tertenung langit tu. Lepas tu hampir-hampir langgar bontot kereta depan. Bahaya tauuu!! Aku tak tau la awan yang cantik tu imaginasi ke apa sebab aku kadang² tengok langit lama-lama sebab awan tu bergerak sambil membentuk sesuatu.

Puncanya...masa aku belajar sejarah..kat luar rumah la..eh kat beranda la kan..konon la rajin study sejarah..lepas tu aku tengok la awan..lama aku tengok..lepas tu pelan² membentuk kalimah Allah..Muhammad..dalam jawi la...Subhanallah masa tu memang serius aku nampak. Lama aku tenung. Aku amik gambar..guna kamera kodak la mase tu kannn..hahaha..but! Aku cuci..tapi tak amik kat kedai tu. Entah la jadi apa sekarang. huhu.. (--'')

Tu la..sejak tu la aku tengok awan..tapi lepas jadi satu kejadian menakutkan..aku tak tengok awan dah. Aku drive..kasi fokus..(macam Encik Yim suruh)..sampai rumah tak tengok atas..maksud aku tak tengok awan la..hehehe.

Aku taknak buat orang risau. Yela, sejak bertambah sorang yang risaukan aku. Hihihi.

So...kesimpulannya. Fokus la semasa memandu. Kalau Encik Yim yang drive, aku tak yah la fokus. Aku fokus kat orang yang drive je la. hahahaha. Maklumlah, orang busy. Kena la fokus kat orang yang busy tu. hewhewhew.


Okebai.







0 ucapan tetamu jemputan :