Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Jun 1, 2012

Selama 24 tahun hidup

Assalamualaikum.

Walaupun belum cukup 24 tahun hidup kat duniapenuh ujian ni. Aku rasa aku macam kejap sangat dah 24 . Hari tu macam biasa la, discussion famili kat dapur. Tempat makan. Macam meeting table gitu. Sambil anak makan, mak abah tetiba duduk sekali satu meja bercerita. hihi. Teman anak makan sorang-sorang kut.

Okey.

Lepas tu macam biasa mak abah suka borak tajuk ni "kahwin". Sampai aku pun dah biasa dan tak malu la layan tajuk perbincangan. bahaha. Eh aku rasa aku la anak yang tak malu nak cerita pape. Sebab dah rasa diri dewasa kut sejak dua menjak ni. kakakaka. Teringat ayat emak, rasa sebak. T_T

"Mak abah jaga dua puluh lima tahun je anak-anak mak.Lepas ni orang lain yang jaga"

*tacing masa makan sebab mak cakap ni masa aku makan tau*

Cuma aku harap orang yang jaga aku, akan jaga sebaik mak abah jaga aku. Walaupun tahu aku suka buat sesuatu sendiri. Tapi aku kena tahu yang orang yang jaga aku tu sentiasa tahu apa aku buat, kat mana aku berada. :)

Selama 24 tahun (belum cukup lagi) aku dapat listkan tentang hidup aku.

# masa kecik aku baby abah cakap aku jadi rebutan arwah atuk dengan pakcik aku. mungkin aku comel. mungkin ye. *uhuk uhuk.*

# masa kecik pakcik makcik aku jaga aku. aku pun tak ingat. tengok gambar baru tau. huhu

# masa tadika mak hantar aku, dah sampai tadika aku kejar mak sampai pagar sekolah. (--")

# masa tadika pergi zoo, aku bawak belanje singgit (masa tu singgit rasa banyak). aku tertido dalam bas. duit terjatuh lepas tu tak dapat beli askerim. T_T

# masa darjah satu aku makan keropok lekor, aku rasa tu la keropok lekor paling sedap. sampai sekarang masih dapat rasa kesedapan tu. huhu

# masa kecik aku kena bisul. okebai.

#masa kecik abah rajin bawak berkelah satu famili kat tepi pantai sambil makan bihun emak masak. masa kecik je. dah besar abah tak rajin dah.

#masa darjah tiga dah pandai ponteng sekolah sebab rasa diri terlalu bodoh dalam matematik. hasilnye telinga telah di jentik oleh Cikgu Saibah.

# pertengahan darjah tiga cakap kat mak nak pakai tudung. Lepas tu dah mula pakai tudung. Lepas tu first time pakai, dalam kelas budak lain tengok semacam. Huh!

# Masa sekolah menengah aku rasa aku paling gemok dan paling hodoh dan selekeh antara geng. Aku rasa aku macam kena buli jek. *sedih*

# Masa sekolah rendah + menengah selalu macam tersuka tengok senior kacak. Padahal diri ini comot.  (tolonglah sedar diri)

# Masa form 4+5 tetiba terasa macam ramai peminat. Padahal ketika itu masih lagi comot serabai. Ke bebudak lelaki dah terdesak nak awek. Puii.kahkahkah

# Kat university aku suka masa diploma sebab aku first time duduk jauh dari family.

# Masa diploma, first time duduk kolej. Harap maaf tak pandai basuh baju guna tangan. Sabun berterabur. Berus tercampak. Hasil penglihatan cara senior basuh baju, akhirnya aku pandai juga. kuikui.

# Masa diploma first time duduk kolej, first day tetiba tak boleh masuk bilik sebab takde kunci. Senior semua orang Kedah, semua balik kampung. Lepas tu terus belajar bukak pintu guna kad.

# Masa diploma aku suka sebab rajin pergi bilik lecturer. Sebab tu pointer macam good good je. haha.

# Part 6 Diploma dapat lesen kereta yeah!!

# Masuk degree Shah Alam, apply kolej tak dapat padahal dah bawak barang semua masuk dalam kereta. Ku ingatkan daku duduk kolej rupanya tak. Jadi abah sewa-beli*bayar ansur²* kereta viva untuk aku. Tapi abah tak confiden aku bawak kereta ke Shah Alam. Seminggu lebih abah hantar aku pergi kelas naik viva tu. huhu.Lepas tu baru abah bagi aku bawak sendiri. Tapiii aku terus calarkan kereta. *kuciwa*. Sampai sekarang tak repair kemek tuh. T_T

# Masa degree single lady yeah~~~ Lepas tu terus fokus study. Dan yang pasti achieve target 3 pointer. Kalau bab study memang tak fikir benda lain. huhuhu.

# Lepas habis degree, tunggu nak convo day tu kerja kat taska. Hepi sangat! heheheheehehe. Tak ku sangka budak kecik suka aku.

# Yeah convo degree seronok dah habis belajar.

#Kerja kat taska sampai lah dapat kerja kat tadika City. Kena buli oleh orang tua.*Pengalaman paling buruk* T_T

# Kini kerja sebagai Purchasing Exec. Kerja kadang stress kadang tak. Tapi takpe. At least aku ada dunia aku. Tak la kena buli.

# Sekarang tunggu orang masuk minang. hahaha. *tetiba*

Hmmm. Selama 24 tahun. Banyak sebenarnya. Masih belum terbalas jasa mak abah.

Semoga aku jadi anak yang solehah, isteri yang solehah, tak tinggal solat lagi. (bahana bangun lambat solat subuh pun terbang macam tu je).

Mak aih panjang nye. Lain kali sambung. Oke bai.

Kroih kroihh kroihh.. Zzzzzz....

.


3 ucapan tetamu jemputan :

✿....rossa alina....✿ said...

xde ke mention kt situ kenal ngan yim..kahkahkah

nor isneini mohd ayob said...

tu mention satu masa nanti. ecewahh.ahahah

Prince Halilintar said...

ntah..sedih tau..mention la kenal gan yim jgk...hehe

ooo..camtu ek perangai die dulu2...hahaha:p