Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Sep 22, 2012

Sabtu

Assalamualaikum.

Hari ni aku cuti duduk rumah. Do nothing melainkan update status FB update blog yang makin membosankan ni, stalker blog orang. Tahniah kepada bakal pengantin pada bulan ini. :) Siapa itu coba teka. kuang3.

Aku rasa sekarang ni aku asyik fikir pasal kerja je. Baru tadi aku belajar buat kelopak bunga nak bubuh kat baju aku. Pandai menjahit gak aku nih. Hahaha. Seumur hidup aku baju kurung yang aku beli cuma baju oren masa jadi pengapit kakak aku. Yang lain aku jahit sendiri.

Aku tak rajin nak buat teaser untuk majlis-majlis ni. Hmm. Segan la. Walaupun kat ofis macam harem je si designer tu cakap aku nak tunang . hahahaa. Whatever. Sebab aku rasa segan sangat. Takut orang kata baru tunang nak kecoh satu kampung. Aku cakap kat abah, tak yah la ajak ramai orang. Sebabnya bila datang kenduri kawin hari tu makcik-makcik, sepupu-sepupu semua tanya.

   Eh, ko dah tunang eh. Sepupu tanya.

 Selamat menjadi tunangan orang .. Makcik aku kata kat aku.

Ko dah nak tunang ye. Pakcik aku kata.

Segan tau. hewhewhew. (Tapi dalam hati cepatlah cepat lahhh bulan depan) Gedik tak.

p/s: Sekarang ni aku sorang je ke yang rasa angau. ehh..tetiba nak rasa angau ape pasal tak tau. Memalukan je kalau rasa sorang-sorang. isk isk.

2 ucapan tetamu jemputan :

Prince Halilintar said...

skrg angau nk tunang pasni angau nk kawen lak....hehehe

semoga semua berjalan lancar..aaminn

nor isneini mohd ayob said...

amin.. :)