Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Nov 4, 2012

Kun Fayakun 02

Sekarang aku dah bekerja. Maklumlah umur pun dah 24 tahun. Ye doplohempat. Aku rahsiakan tarikh lahir dalam facebook. Tengok lah sekarang mane ade orang wish sangat dalam facebok. HAHAHA. *terkilan*

Sekarang sebagai purchasing executive. Membekal barang-barang korporat. Yang selalu masuk order adalah order pakaian yang melibatkan jahitan, sulaman dan percetakan. Wah kauu bahasa melayu. Jadi aku rasa takdir aku adalah dalam bidang jahitan.

Aku teringin nak kerja kerajaan. Duduk ofis, officemate pun ramai. Pernah pergi interview penolong pegawai tadbir. Tapi Tuhan dah tetapkan tu bukan rezeki aku. Segala yang terjadi mesti dengan izin Tuhan. Walaupun aku dah cuba banyak kali apply kerja yang setaraf dengan kelayakan ijazah, still tak dapat. Sebab apa? Sebab Tuhan tak izinkan aku untuk dapat. Tuhan dah tetapkan apa yang terbaik untuk aku. Jadi dengan segala benda yang aku buat, aku nampak satu benda yang related iaitu bidang jahitan. Mungkin aku akan jadi tailor?? MUNGKIN.



Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari).

1 ucapan tetamu jemputan :

Prince Halilintar said...

dear, dont give up to looking another job..inshaallah ade rezeki syg 1 hari nnt..doaku sentiasa untukmu syg..=)