Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Nov 4, 2012

Kun Fayakun

Ni aku tetiba dapat inspirasi nak cerita tentang kerjaya aku yang boleh tahan menarik *tangan di bahu*

Masa lepas SPM aku tengok kakak-kakak aku kerja kilang (sementara nak dapat kerja ofis). Aku rasa syiok gila kalau aku pun boleh kerja macam tu. Gaji boleh tahan la. HAHA. Gelak la puas-puas sebelum terus membaca. Maka dari itu aku cuba cari kerja kilang jugak. Dari kilang roti ke kilang getah ke kilang pampers ke kilang sarung tangan. Semua tak dapat. Sebabnya kakak aku cakap muka aku ni muka kesian, macam tak mampu buat kerja berat. Puih. At last aku decide cari je la kerja kat kedai, janji dapat duit nak buat pergi dating. Haha. Waklu pergi dating. Finally aku minta kat satu kedai jahit dan peralatan jahit dan juga jual buku. Kat kedai tu aku jadi tukang jahit lubang butang. Cuba tengok uniform korang, lubang butang macam tu la aku jahit, dengan mesin besar gedabak yang bila sekali aku tekan dia taknak berhenti.Ciss bedebah.  Sampai ada satu hari tu aku dah rosakkan baju orang (nasib baik bos aku pandai repair..kahkah). Maka dari itu aku macam dapat tahu destiny aku hanyalah untuk menjahit dan berniaga.

Lepas tu aku rasa dah malas nak kerja menghadap tukang-tukang jahit yang singgah kat kedai. Aku dapat offer sambung form 6. Dalam fikiran aku lepas habis form 6 boleh terus sambung degree. Wahahaha. Tapi mula-mula masuk kelas biologi. Semua cina. Melayu ada 3 orang je termasuk aku. Ah sudah, aku tak pandai kawan dengan cina. Lepas tu aku pun tak boleh faham dah biologi ni dah tahap tinggi ni. wuwuwuwu. Aku mintak transfer kelas sastera. Tapi aku malas pulak nak belajar dengan budak-budak kelas sastera. Diorang macam banyak main dalam kelas, cikgu tak masuk kelas. Haih. Takde mood nak belajar. Finally dapat offer Diploma in business study. Lepas fikir 12349587 kali.Lalu aku pun pergi la UiTM Sg. Petani sambil menangis dalam kereta. hahahahahaha. Sadis hidup aku kat UiTM. Tak bawak kunci bilik, bilik kunci tak boleh masuk tatkala senior semua balik kampung. Tak pandai basuh baju. *lari menangis bawah pokok*.

Lepas tu aku sambung Degree International Business. Bajet lah boleh la berniaga sampai ke luar negara. haha.


*tiba-tiba rasa malas nak menaip*


Ok bersambung...hahaha. Next entry.


1 ucapan tetamu jemputan :

✿....rossa alina....✿ said...

sengal. taip je lah sampai habis.. hahaha..