Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Feb 10, 2013

Puding karamel..first try uolls

Assalamualaikum..hari ni i buat puding karamel.hahaha.eh apesal gelak..
Kalau ikut aku makan kat kedai tu sedap and tak la muak. Mungkin aku guna telur. Lepas makan dan rasa muak tu aku terus gugel cara buat yang lain pulak..


Ade jugak yang buat takyah telur..huhu..ok next time xyh guna telur laa weekkk..muak rasa kat tekak..jap lagi kalau abah komplen tak sedap nnti matilaaaa...nyorok je kat bilik nnt..kui3
Resepi yg aku buat tadi..

KARAMEL
-2 sudu besar gula
-2 Sudu besar air
*masak atas api yang kecil sehingga keperangan

Bahan A
-3 biji telur
-2 biji kuning telur
-5 sudu besar gula kasar
*satukan dalam bekas dan gaul mesra

Bahan B
-2 tin susu cair
-1 sudu kecil esen vanila
-5 sudu gula kaster
*suamkan ats api kecil

Satukan bahan A dan B,gaul mesra lagi. Pastu masukkan atas karamel yg dah perang. Dan kukus dalam 30 minit. Sejuk kan ye puan puan.

Lepas aku makan dan macam muak gile dan bau telur.huhu. Aku tgk ade resepi xyah telur.

Naahh..

Bahan A
-70gm gula kasar
-2 sudu kecil air
-2 sudu besar air suam
*panaskan gula dgn 2sudu kecil air. Pastu dah perang bubuh 2 sudu besar air suam itew. Tuang dlm bekas2 comel.

Bahan B
-1 bungkus agar serbuk 7grm
-4 cawan air
-2 1/2 senduk gula
*didihkan

Bahan C
-1 tin susu cair
-2 sudu makan tepung kastard
-1 sudu esen vanila
*campur sebati

Masukkan bahan B dan bahan C atas api kecil. Kacau sampai pekat. Tuang adunan dlm karamel tadi ye. Sejukkan dlm peti sejuk. Dah siap.

Okeh next time sila praktis lagi ye.wihuu.

0 ucapan tetamu jemputan :