Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Mar 7, 2014

Anak

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah 5 hari aku jadi suri rumah. Dah 3 bulan genap jadi seorang isteri kepada suami yang baik. hehe. Alhamdulillah. So, badan pun macam mok mok je nih. Penuh dengan lemak di pipi dan perut. Flabby betul. huhu. Nyampah iolls. Salah sapa?? Tak tau la...rasanya corak pemakanan sama je macam zaman bujang. Mungkin dah tak stress fikir pasal nak kumpul duit kott.perut suami pun makin buncit. Hailohh risau jugak ni tengok perut buncit-buncit. hmm hmm. Kena puasa minggu depan. hihi.

Okey..dah genap 3 bulan kahwin ni, dah ada bunyi-bunyian pasal "dah ada isi ke?" . Tu semua rezeki lah. Dah usaha so tawakal lah.

Actually, bukan tak pernah test pregnancy sebelum ni. haha. Yela, sesaje kan..tak pernah cek sebelum ni, so eksited lebih la bila beli pregnancy test. Nasib baik adik aku kerja kat Guardian. So ok je la. Lepas tu berkoba-kobar nak cek sebab lepas kahwin je period lambat datang, memang sesaje nak memain dengan aku kan kan..mencabar sungguh. Lepas tu, bulan yang kedua pun lambat..lagi lambat dari bulan yang lepas. So, aku yang takde experience ni pun dengan perasaan sesaje tu pun test laaaaa. Guna clear blue uollss. Jangan memain. Lepas tu cek punya cek.. Lama jugak nak tunggu ekkk...

Tadaaa!!!

Kegembiraan yang datang cuma sekejap :'(

Lepas tu aku whatsapp suami. Seronok kemain. Lepas tu aku whatsapp kat geng bff. Diorang cakap clear blue 99% accurate. Then kalau kat clear blue 1-2, doc akan cakap pregnant 3-4 weeks. So aku assume la pregnant (walaupun belum jumpa doktor, yela kan 99% accurate). Aku pun whatsapp kat kakak sulung aku, dia cakap macam-macam, nasihat semua. 

Lepas tu dalam minggu tu jugak, means test hari Selasa, jumpa doktor hari Jumaat. Kat klinik an-nur kat Pekan tu haa. Masuk-masuk kat receptionist perempuan ramaiii. Lepas tu turn jumpa doktor, alamakk doktor lelaki ke..hm hm..aku cakap la aku test pregnant kat rumah..bla bla bla..doktor tu macam blur-blur je..lepas tu doktor tu suruh buat urine test, okay aku buat laaa.. Lepas tu doktor tu cakap dengan tidak semena-mena. " Eh, takde la!!! " Terkejut beruk aku. At least kalau takde tanda line tu, cakap la slow-slow. Hampeh tul. Dah la terkejut lepas tu aku pun terus rasa down. T_T

Lepas keluar klinik tu, suami ajak makan. Okay makan lah dengan perasaan tak best. Faham tak perasaan tu macam mana? Da la orang cakap clear blue tu accurate, lepas tu jumpa doktor, dia cakap tak pregnant pulak. Makan pun dengan wajah sugul akan tetapi nak cover depan suami aku makan sate dengan rakusnya!

Balik rumah lepas tu buat macam biasa lah, dah doktor cakap tak pregnant kan kan. Lepas tu, aku whatsapp kat group bff,whatsapp kakak aku,  aku bagitau doktor cakap tak pregnant. :'(

Lepas tu esoknya keluar macam period, tapi kakak aku cakap, kalau period tak semestinya tak pregnant. So, aku pun blur-blur lagi. Da la nak pergi Seremban ada kenduri saudara belah suami. Malam tu sampai kat Seremban, macam banyak je yang keluar. Menakutkan. Lepas tu the next day nya lagi banyak..dan banyak. huhuhu. Tapi aku rasa tu period . Tapi kakak aku & geng bff semua pulak yang risau. Aku pun macam risau la jugak kaann. Aku assume la pregnant tu tak jadi. Belum ada rezeki. Tapi diorang suruh aku g scan jugak. Tapi aku tunggu balik rumah la. 

Hari Ahad tu kitorang plan nak g Klinik, hantar mak mertua & kakak ipar & adik ipar kat pasar dulu baru pergi klinik.Yang lawaknya aku pergi kat Hospital Umra kat Shah Alam tu, huii ramai pulak orang pregnant kat situ. Sakit mata cheq..ahah..boleh gitu?? Aku tengok orang yang pregnant kehulu kehilir..tapi turn aku tak sampai-sampai. Dah la aku dengan suami aku nak pergi Pasar Karat kat Stadium tu. Last-last aku cancel kan je. hahaha.

Next day nya aku pergi pulak Klinik kat depan rumah kakak aku, nasib baik doktor perempuan. Baik nyaaa. Macam mak-mak je layanan dia. So sweet. hehehe. Then sampai turn aku, aku pun masuk...aku cerita la yang aku lambat period, aku cek guna pregnancy test, then beberapa hari lepas tu aku pun keluar period. Lepas tu doktor tu suruh aku pergi bilik scan, macam best pulak. Kahkah. Lepas tu doktor tu cakap, takde pape kat dalam. So, aku anggap lah 'Pregnant yang tak jadi'. 

Doktor tu cakap, kebiasaannya memang macam tu. huhu. Takpe la, redha sahaja. hmm. Lepas tu aku rasa malas nak mengharap lebih-lebih. Cuma berdoa ada rezeki. Lepas ni tunggu 2 bulan tak datang period baru boleh cek pregnant. Kalau tak, menangis tak berlagu lagi sekali la. 

Aku tak tau la kes macam aku ni jadi ke tak kat orang lain. Kalau ada boleh la share kan. 

Eh, panjang nye aku taip. Eksaited benorr.

Doakan aku dan suami murah rezeki. Terima Kasih ^_^

2 ucapan tetamu jemputan :

wawa syaida said...

salam kenal.....saya pun baru je kawen....xpernah check lagi....sebab rasa macam awal lagi...tapi period macam pelik sikit this month...hope rezeki menyebelahi kita semua nanti...mudah-mudahan insyaAllah

nor isneini mohd ayob said...

w'salam..haii..salam kenal jga..Insya Allah murah rezeki amiinn :)