Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Mar 11, 2014

Ayam Masak Lemak Cili Api Senang!!

Assalamualaikum..

Semalam saya berjaya masak satu lagi masakan. Iaitu ayam masak lemak cili api. Senang je rupanya. Sejak duduk rumah ni rajin pulak nak masak ye. Lagi pun ini lah masanya belajar masak yang power-power sikit. Takkan la hari-hari sayur tumis ayam masak merah (menu malas saya) hehehe.

First time masak..^_^

Jom saya share resepi yang senang ni. Masak main campak je sebenarnya, takde sukatan. sob sob. Tapi InsyaaAllah menjadi kalau nak masak lagi sekali. hehehe

Bahan-bahan:
6 ketul ayam yang telah di basuh
1/2 kotak santan segera yang kecil (Jenama M&S)
Sebiji ubi kentang (nak letak banyak pun takpa nohh, ikut suka ati angpa lorr), kupas dan potong 6
3 sudu serbuk kunyit
1 keping asam keping a.k.a asam gelugor
1 serai yang besar, saya punya serai kecil je, so saya pakai 2 tangkai serai.(di tumbuk hujungnya)
Garam dan gula secukup rasa
Air

Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
Ikan bilis, taknak letak pun takpe
8-10 cili api yang warna hijau tu

Caranya;-
Mula-mula tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus 
Masukkan ayam, gaul bersama bahan-bahan tumis supaya rempah di serap oleh ayam
Masukkan serai
Masukkan santan, garam, gula secukup rasa
Masukkan serbuk kunyit ,gaul bersama sehingga sebati
Masukkan asam keping
Kemudian tuang air sedikit supaya tidak terlalu pekat
Akhir sekali masukkan ubi kentang
Masak dengan api sederhana

Hidangkan la masakan ini kepada suami anda, kaum keluarga dan juga jiran tetangga. hik.
Senang je kan. 

Suami cakap : sedapnyeee sayang masak hari ni...wiiii ^_^

Selamat mencuba!!


0 ucapan tetamu jemputan :