Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Mar 7, 2014

Kek Red Velvet berjaya..!!

Resepi Kek Red Velvet - Tepung Segera

Bahan-bahan:
Tepung kek segera beli di Kedai BAGUS ( Seksyen 13, Shah Alam)
Sebiji Telur
Semangkuk kecik minyak masak
Air suam (secukup rasa)

Cream Cheese:
250g Cream Cheese (Jenama Philadelphia),beli di Kedai BAGUS ( Seksyen 13, Shah Alam)
30g Butter, beli di Kedai BAGUS ( Seksyen 13, Shah Alam)
1 sudu besar susu segar ( Pakai Dutch Lady)
1 sudu besar esen vanila (sukat guna penutup dia pun boleh),beli di Kedai BAGUS ( Seksyen 13, Shah Alam)
100g gula.

Cara-cara:
Masukkan tepung dalam mangkuk, pecahkan telur, masukkan minyak masak, dan air suam secukupnya. Lepas tu, boleh la mix bersama-sama hingga warna jadi cantik tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat ye puan-puan. Lepas tu masukkan dalam oven, bakar selama 30 minit, 180 darjah celcius.

Dah masak tu,sejukkan seketika. Sambil-sambil tu buatla cream cheese yang super senang. hehe. Mula-mula, ambil cream cheese, masukkan dalam mangkuk, lepas tu masukkan butter, susu segar, esen vanila dan juga gula. Lepas tu mix kan kesemuanya sekali sampai jadi ringan, uolls boleh la rasa sendiri dah manis ke belum.hehe.

Mudah kan?? Dah jadi tu, u olls tepek-tepek kan pada kek tadi. buatlah jadi lapisan-lapisan ye.  Sedap tauu!!! Mak mertua I pun puji. kihkih.

Gambar kek yang dah nak habis. hahaha!!

Selamat Mencuba!!

2 ucapan tetamu jemputan :

alin said...

xde bagi aku ponnn.. dekut!

nor isneini mohd ayob said...

nanti aku buat lagi laa...hahaha