Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Mar 14, 2014

Majls Bertandang : Entri Bergambar ^_^

Assalamualaikum

Huaaa da masuk dua minggu Iolls bercuti daripada kemelut pekerjaan. Sudah tiba masanya aku mencari kerja-kerja yang sesuai. Jadi seorang suri rumah sangat heaven! Sungguh! Hanya berkhidmat untuk suami. I mean, sediakan makan minum pakai dan sebagainya. Tak stress tau! Nak bersenam kat rumah pun boleh. Tapi..sebagai seorang yang berhutang PTPTN dan juga Ambank (kereta) jadi dengan ini wajib lah mencari pendapatan sendiri. huhu. Selain dari biz part time ni.hmm hmm. Semoga dipermurahkan rezeki.

NI sempena cuti-cuti ni ada masa lah nak post pasal majlis kahwin itu hari. hehe. Kali ni nak cerita pasal majlis bertandang yang telah diadakan di kampung belah suami ,Kuala Kangsar. Alhamdulillah cuaca sangat-sangat baik dan majlis berjalan dengan lancar.

Masa bertandang ni mak abah datang awal dengan adik, kakak & suami dia. Kitorang tempatkan diorang dengan homestay yang sangat best. Kat Padang Rengas je, tapi lupa la nama apa.huhu. Sebelum tu kitorang adik beradik siap gaduh siapa yang nak duduk homestay, siapa yang naik bas. hahaha! Okey yang naik bas untung lah sebab on that day ada lori aiskrim rosak. hmm diorang dapat la aiskrim free sebab lori tegolek. 

Pagi-pagi lagi kena bersiap pergi ke butik pengantin kat Air Kuning, rasanya dekat dengan Taiping. Da la malam tu gigih pakai inai sendiri. huhuk. Pagi tu nak pakai lens pun inai kat jari macam cair je, rasanya masuk mata sekali.haha. Sebab pedih uolls.

Alhamdulillah , semua berjalan lancar, makanan pun sedap, lepas majlis tu khemah pun cepat je di buka esok nya, so clear la halaman rumah my mother in law.hehe. Senang dan mudah. Gambar banyak tapi yang ni je upload sebab saya suka..hee.

Warna Tema : Ungu Kuning
Photographer : Rahim Ewalk
Andam & Pelamin : Adam & Hawa




Khemah dan katering adalah daripada saudara belah suami. So, dapatlah diskaun. ^_^

Pelamin daripada Butik Adam & Hawa

Goodies Bag untuk tetamu

Cu Wat yang banyak membantu sepanjang majlis

Me! 

Membebel sahajaaa.. -_-

My sistaaa!! 



Bersedia untuk berarak





Keluarga belah perempuan
































Doakan kebahagiaan kami berdua ye, doakan semoga kami cepat-cepat dapat babies. Amin. ^_^





0 ucapan tetamu jemputan :