Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Mar 12, 2014

Wedding Preparation : Nikah

Assalamualaikum..

Bila tengok blog orang lain rasa macam nak jugak buat review wedding preparation..haha. So over youu! Actually hari tu sebelum majlis dah start dah buat wedding preparation checklist tuh. Tapi it's just a list je.Not into details pun.kuikui. Tapi hari ni tiba-tiba rasa macam nak buat jer. Untuk nikah kebanyakannya sendiri punya.

Inai 

Hasil Inai di tangankuu.

Inai adalah dari NedHenna, boleh view page facebook akak Nadia ni. Nadia Khalid NedHenna, dia ada buat pakej pemakaian inai, yang paling best sebab akak ni akan datang ke rumah inaikan pengantin. So, pakai inai lepas tu suka hati koranglah nak tido kat kerusi tu ke macam mana. hahaa. Kalau saya, tunggu inai kering lepas tu kakak tolong cabutkan inai. :D Maklumlah kakak saya pun pernah berurusan dengan kak Nadia ni. ^_^


Outfit:

Gambar selepas Akad *Picture taken by Krulmatric

Kain pasang untuk baju nikah ni hadiah hantaran masa tunang, baju ni kemudian we olls tempah  kat PKNS ( shah alam), harga baju perempuan RM250 which is harga standard la..then, baju lelaki RM 150,tapi dapat diskaun RM10, dapatlah totalnya RM390.

Untuk tudung, saya pakai inner neck, boleh dapat di mana-mana je, yang ni saya beli online sebab masa tu nak cari warna putih. Alhamdulillah dapat. Kebetulan saya follow blog Irine Nadia , dia ada online shop, so saya cari la kat dia punya online shop je. hehe. Harganya RM29.00.

Untuk shawl halfmoon pula saya jahit sendiri, kain chiffon tu saya beli kat Jakel, harga semeter RM25.00,saya beli 1.75 meter, lepas tu dapat murah lagi, berlagak la macam tailor. kahkah. Kenapa beli kat Jakel??  Sebab banyak jenis kain and then boleh pilih jenis yang senang nak pakai dan paling penting lembut.

Kasut? Hadiah hantaran masa tunang, mula-mula taknak pakai sebab kasut tu putih/biru sedangkan tema majlis pink putih, tapi doesn't matter since kita boleh mix and match. Kebetulan sampin suami ada kaler biru sikit. Kira jalan la. haha. Lagipun buat apa membazir beli kasut lain. :)

Bunga Tangan tu pun hasil sendiri je. Boleh beli pemegang tu di kedai bunga, tak silap harga nya RM5.00 sahaja. Mungkin lebih murah. Saya suka bunga yang nampak real, that's why saya beli bunga ros macam tu, sejambak RM18.00, beli dalam 2 jambak boleh je, ni pun saya recycle dari bunga untuk hias hantaran masa tunang. :p

Make Up:

Untuk make up, hari tu dalam Wedding Checklist ada mention pasal Mim Collection. Kak Ayu yang make up kan ni, sapa nak dia make up kena booking awal-awal. Sebab Kak Ayu make up cantik! :) Boleh view kat page FB jugak. Masa tunang pun ambik dengan akak ni.

Gambar sebelum Akad *Picture taken by my sis 

Okeylah, nanti sambung untuk majlis bersanding & bertandang pulak! Till then! ;)




4 ucapan tetamu jemputan :

Liyliz said...

okeh jelus tgk inai di jari .. hihi ..

nor isneini mohd ayob said...

Cepatla kawin..hihi

Anonymous said...

Baru nak buat review keeee.. Huhu..

-kakakmu yg comel lagi kiut miut. Kihkih-

nor isneini mohd ayob said...

huahua..baru dapat idea maaa :p