Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Apr 2, 2014

RESEPI MUDAH : KARIPAP

Assalamualaikum...

Hari ni mood memasak muncul..hihi..resepi hari ni tomyam jerr..tu pun tanya kakak nak masak ape hari ni..haha.biasela bile da duduk rumah ni, sampai tak tau nak masak ape untuk suami..pheww..

Tapi..hari ni terlebih rajin..tiba-tiba buat kuih karipap..hasil daripada resepi mak abah..combine gituhh sebabnya dulu abah tukang buat inti, mak pulak tukang buat kulitnya..pastu anaknya ni tolong kelim je walaupun tak seindah rupa..haha..ok la at least pandai kelim karipap..tak payah guna alat plastik tuh..:p

Ok hari ni nak share resepi karipap yang senaanngg sangat..ni yang basic je..konon nak buat karipap ala ikea tapi terlupa nak letak telur rebus..hihi

KARIPAP

Inti :
3 biji kentang sederhana besar..sebesar tapak tangan tuh...
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
segenggam ikan bilis
2 sudu setengah serbuk kari BABA'S
garam dan gula secukup rasa
air

Cara masak
Ubi kentang di potong dadu kecil-kecil, 2 ulas bawang putih, 3 biji bawang merah dan ikan bilis di tumbuk. Kemudian, panaskan kuali..masukkan sedikit minyak masak, tumis semua bahan yang ditumbuk tuh..masukkan serbuk kari..goreng kering dulu..jangan sampai hangus sudah..dah kering tuh, masukkan kentang..gaul lagi jangan masukkan air dulu..gaul sampai sebati semua bahan-bahan tu dengan kentang..kemudian baru masukkan air sampai tenggelam kentang tu..masukkan gula dan garam secukup rasa..gaul lagi..sampai air tu kering & korang try rasa inti tu, kalau kurang rasa, uolls tambah la sikit garam or gula ye..hehehe..

Kulit:
6 senduk tepung gandum
Air secukup rasa
2 sudu kecil garam
Minyak masak yang dipanaskan secukup rasa

Campurkan air dan garam dalam mangkuk kecil, kacau. Kemudian, masukkan minyak masak yang dipanaskan ke dalam tepung tu, jangan banyak sgt tau minyak tu nnt berminyak pastu bila korang makan karipap tu akan rasa muak..bila korang masukkan minyak tu, sikit-sikit..sambil tu gaul..bila nampak tepung tu macam berterabur sikit kira ok la tu (cuba bayangkan tepung digaul dengan minyak tapi nampak berterabur..hahaha)..kemudian masukkan air yang dicampur garam tu sikit-sikit..uli la sampai tepung tu tak melekat kat tangan..bulatkan kecik kecik.

Dah jadi tu, bolehla masukkan inti ke dalam kulit karipap tu..kelim la sendiri, kalau tak pandai boleh beli tempat kelim tu kat kedai jerr..hihihi..


Ni resepi karipap orang kampung je tau. Tapi sedap!! :p




0 ucapan tetamu jemputan :