Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU 2014

Assalamualaikum..

Kita lari sikit dari business online kiter ye. Sempena hari guru ni mari secara berjemaah mengucapkan " SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru-guru yang ada kat Malaysia ni.

Sebut pasal guru baaanyaaakkk sangat kenangan masa zaman sekolah rendah sampai la zaman sekolah menengah, universiti dan seterusnya.

First of all..my parents adalah the best teachers in my life. Mengajar erti susah payah untuk membentuk diri menjadi seorang yang sempurna. Alhamdulillah. I love u both so much!!

Teringat masa sekolah rendah, iolls ni sangat lah tidak pandai dalam subjek maths. Entah la kenapa memang tak pandai. Tanya la tambah tolak serius memang failed!! wuwuwu..sedih bila teringat balik. Lepas tu masa tu Cikgu Maths Puan Saibah jentik telinga sebab borak kat belakang kelas. Hailohh! T_T

Naik sekolah menengah ramai cikgu-cikgu yang baik, nak sebut satu2 pun nanti berjela pulak nak cerita kenangannye..haha..yang magik nye masuk sekolah menengah terus minat gila matematik. Andddd...Matematik Moden iolss dapat A1 for SPM!! Terima Kasih cikguu!! Memang berjasa cikgu matematik tau..

Tapi yang penting....YANG PENTING SEKALI RENDAH IOLLS BAGI CIKGU HADIAH SABUN. T_T. Haishhh...kenapa la bagi sabun yerr..tu masa sekolah rendah lah, yela nak harap duit belanje sekolah untuk beli hadiah cikgu memang tak dapat la. Belanje singgit sehari, 50 sen sekolah pagi, 50 sen sekolah petang. Ape-ape pun bersyukur sebab pagi dapat makan kuih 2 ketul, petang dapat makan nasi lemak 30sen (1 pinggan) wahhhh..murah sesangat!!! Kalau sekarang..memang tak dapat lah duit belanje makan macam tuhhh..hm hm

Dengan ini...selamat hari guru kepada kawan-kawan yang menjadi guru..sepupu-sepupu..makcik-makcik...all my family members yang menjadi guru..(ramai ahli keluarga yang jadi cikgu)..SEGALA JASA MU MENDIDIK ANAK-ANAK MURID AKAN DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.

^_^


0 ucapan tetamu jemputan :