Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Jun 26, 2014

Cream Puff gebu- Menjadi akhirnya

Assalamualaikum...

Semalam hubby tanya nak masak apa untuk potluck office dia..kebetulan masa dapat whatsapp tu tengah tengok-tengok blog resepi. So tiba-tiba rasa nak buat cream puff. Mula-mula ikut resepi Kak Ita Masam Manis tu, tapi tak menjadi mungkin cara adun tu salah.hihihi. Keras dan tak gebu. So husband pun cakap takpe, goreng je nugget..hihi..selamat..Nasib baik memang ada nugget 1 plastik. Ok la dari takde kann..

Pagi ni cari lagi resepi cream puff yang lain...iolls guna resepi yang ini..ambil dari blog Diari Zaliedana

Puff
100 gram Butter
1 Cawan air / 250ml air
1 cawan tepung gandum
secubit garam
3 biji telur (gred C pun hokayy)


  1. Dalam periuk = air+mentega+secubit garam , kacau sehingga mendidih dengan api sederhana dan mentega cair
  2. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak ke dalam periuk tersebut dan kacau laju2 guna spatula sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada periuk
  3. Panaskan oven 200C
  4. Masukkan doh dalam mixer dan pukul sehingga doh menjadi suam
  5. Pecahkan telur dan pukul dengan garfu, masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati dalam adunan
  6. Bakar selama 25-30 minit
Krim Kastard (Sumber : Azlita Masam Manis)
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 biji telur (gred C pun dah sedap)
1 cup susu segar

  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam periuk
  2. Masukkan 1-2 sudu besar susu, kacau rata dan jangan biarkan berketul
  3. Masukkan telur dan kacau lagi
  4. Masukkan susu yang selebihnya dan kacau
  5. Masak dengan api perlahan  sehingga pekat.
  6. Tutup api dan masukkan butter dan kacau rata
Bila siap, hidangkan untuk famili uolls ye..hihii..

p/s: gambar ada kat instagram...hehehe

Tenkiu!







2 ucapan tetamu jemputan :

alin said...

xde gambar pun. mane??

nor isneini mohd ayob said...

@alin ada la kat instagram...hihihi