Whatsapp/SMS/Wechat (SAHAJA) 017-6384571


Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

Sep 17, 2014

Pengalaman hamil...:p

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dah 13 minggu..loya-loya tekak pun dah macam kurang sikit.  Tapi still tak boleh berpanas kat luar. Macam gedik kan. Daya tahan tubuh makin kurang ke hape. hmm. Ke memang macam ni. Bukan mengade tau, tapi memang kulit rasa macam makin nipis je sejak dua menjak ni. hailohh.Cuma bila lapar je angin cepat sangat masuk dalam perut. Hari tu angin kumpul kat dada. Tuhan je tau betapa tak selesanya rasa. Orang tengok aku memang nampak rilek je, sebab dah aku memang macam tu.Kalau rasa sakit jenis diam je. Pastu bila suami datang dekat tanya kenapa, terus nanges,ish apekes ntah aku ni. wuwuwu.

Masa first detect pregnant lepas raya hari tu, pelik la kenape dah lambat sangat datang period. Pastu beli UPT yang murah tu secara online. mihihi. Kang beli mahal-mahal kang membazir jerrr. So hari-hari la cek. Eh memang ada 2 line, tapi kabur la. Pastu fikir, mesti benda ni main-main perasaan hati nurani aku ni. Pastu cek lagi dan lagi, benda sama je. Then masih belum datang period, So sepanjang bulan puasa tu memang tak period la. Pastu masa raya kat rumah mertua, kitorang pergi cek kat klinik Sabariah & the geng (nama klinik tak berapa ingat..haha) . Baiknye doktor tu ye. Well, iols kan gerun dengan orang yang garang. kehkeh. Hasilnya memang positif. Tapi tak scan pun sebab doktor tu cakap baru lagi. Dalam 7 weeks gituh. Pastu doktor tu suruh cek lagi sekali next week, iols mintak UPT free dengan alasan takut yang iolss punya kat rumah tu bagi keputusan salah. hihi.

Next week berikutnya cek memang sama je la result. 2 line. Tapi masih kabur. Tapi memang dah confirm pregnant sebab doktor dah cakap hari tu kan kan. Dah la blur tak tau nak buat apa. Yela first time kan. hihi.

Hari tu dah buat buku merah,kawan-kawan cakap tak boleh lebih dari 12 minggu kalau buat buku merah tu. Memandangkan rumah dekat dengan Klinik Desa kat Jalan Kopi (yang duduk Meru tau la kat mane kot..tehehee) so buat kat situ. First time datang memang blur la. Nasib baik tanya nurse tu.hihi


  1. Nurse mintak MyKad + Kad nikah then bagi bekas untuk isi urine, pastu nurse tu terus cek kadar gula kat urine tu, dah cek tu boleh buang.
  2. Tunggu giliran, sebab yang appoinment didahulukan.
  3. Nurse isikan buku merah, die tanya la pape yang perlu untuk diisi dalam buku tu
  4. Jumpe nurse yang lagi satu untuk cek perut,nurse tu tekan perut slow-slow then dah siap nurse ni bagi obimin 2 peket. Ubat kaler pink tuh yang besar-besar tu. Nurse tu suruh g scan perut kat klinik kerajaan tapi iols pergi swasta je sebab malas nak tunggu berjam-jam.hihihi.
  5. Pastu jumpa nurse lagi satu pulak untuk ambil darah dalam 1 tiub. Rasa macam darah kena ambik time ujian HIV masa nak kawen tu. Sakit sikit la.mihihihi.
  6. Dah siap tu settle la. Kat buku merah tu ada next appointment pulak..
Takda gambar sebab malas nak transfer dari enpon.hihi. 

Okebai.

2 ucapan tetamu jemputan :

suzie said...

simptom mcam masa aku mengandungkan jaa ngan asraf...entah2 baby boy kot...hihihihi...

nor isneini mohd ayob said...

@suzie yeke..hahaha..klu baby boy mmg hormon jantina lelaki kuat la belah laki..jantina kan drpada gen lelaki..hahaha..kesian plak family yim teringin sgt baby girl...:p